Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Perdana Menteri mengadakan pertemuan dengan Wakil Perdagangan Amerika Syarikat (USTR) Katherine Tai di pejabatnya hari ini. Foto Twitter Anwar Ibrahim.

Anwar bincang langkah kukuh kerjasama ekonomi bersama wakil AS

ByBernama

KUALA LUMPUR, 16 Feb: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini membincangkan mengenai langkah-langkah untuk mengharungi ketidaktentuan ekonomi dan pasaran kewangan global semasa pertemuan beliau dengan Wakil Perdagangan Amerika Syarikat (USTR) Katherine Tai.

Anwar yang juga Menteri Kewangan menerusi ciapan di laman Twitter rasminya berkata, perbincangan mereka juga turut menyentuh mengenai langkah-langkah bagi mengukuhkan kerjasama ekonomi, isu-isu kemudahan perdagangan selain melaksanakan usaha untuk menarik pelaburan yang berkualiti ke Malaysia.

Menurut Perdana Menteri, lawatan Tai itu merupakan lawatan kerja yang pertama kali oleh ahli Kabinet Pentadbiran Amerika Syarikat ke Malaysia sejak pembentukan Kerajaan Perpaduan tahun lalu.

Pertemuan ini turut dihadiri oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, manakala delegasi Tai turut diiringi oleh Duta Besar AS ke Malaysia Brian D. McFeeters.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan