Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pemandangan udara Pelabuhan Bintulu. Foto Pejabat Premier Sarawak

Tiada gempa bumi dikesan di Sabah, Sarawak – MetMalaysia

ByBernama

KUALA LUMPUR, 15 Feb: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan tiada kejadian gempa bumi di Sabah dan Sarawak pada Isnin lepas dan semalam.

MetMalaysia dalam kenyataan hari ini memberitahu pemantauan aktiviti seismik dan kejadian gempa bumi berterusan 24 jam sehari yang dijalankan jabatan itu tidak mengesan sebarang kejadian gempa bumi, seperti yang didakwa dalam sebuah video yang tular menerusi media sosial baru-baru ini.

Oleh itu, MetMalaysia menasihatkan orang ramai tidak panik dengan video tular itu sebaliknya merujuk kepada sumber yang sahih.

Maklumat gempa bumi boleh dirujuk di semua laman media sosial MetMalaysia serta laman web rasmi di pautan www.mygempa.met.gov.my

Terdahulu, tular sebuah video menerusi aplikasi TikTok mendakwa potensi berlakunya gempa bumi di Sabah dan Sarawak pada 13 dan 14 Feb.

MetMalaysia dalam kenyataan sama turut memaklumkan sehingga kini tiada peralatan dan kaedah saintifik yang terbukti secara sahih dapat meramalkan kejadian gempa bumi sama ada bermagnitud kecil atau besar. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan