KUCHING, 15 Feb: Sebuah rumah kedai musnah dalam satu kebakaran di Lorong Tapang Timur 2 di sini, hari ini.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kes itu jam 12.59 tengah hari.
“Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Merah bersama 11 anggota menggunakan sebuah jentera FRT dengan bantuan BBP Sibu Sentral bersama sembilan anggota dan sebuah jentera FRTÂ digerakkan ke lokasi kejadian bagi membantu memadamkan kebakaran,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Berita lanjut menyusul. -TVS