Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Lapangan Terbang Miri. Foto: Page Miri Airport

RM60 juta diperlukan untuk naik taraf Lapangan Terbang Miri

ByYusuf Shukri

Kuala Lumpur, 15 Feb: Cadangan menaik taraf Lapangan Terbang Miri telah dikemukakan kepada Unit Perancang Ekonomi (EPU) di bawah Jabatan Perdana Menteri.

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Hasbi Habibollah berkata projek naik taraf itu dianggarkan menelan kos RM 60 juta dijangka dilaksanakan dalam Rancangan Malaysia ke-12 (RMK-12).

“Kita mahu meningkatkan kapasiti pengendalian penumpang daripada dua juta penumpang setahun kepada tiga juta penumpang setahun.

“Projek naik taraf ini sememangnya akan melibatkan skop kerja seperti perluasan bangunan terminal sedia ada, menambah baik kawasan terminal bagi penumpang Perkhidmatan Udara Luar Bandar (RAS), menambah bilangan kaunter masuk dan antara lain, memperkenalkan sistem pengendalian bagasi baharu,” katanya.

Berhubung status lapangan terbang berkenaan, Hasbi menjelaskan kementerian turut mempunyai rancangan untuk mengiktirafnya sebagai lapangan terbang antarabangsa.

Walaubagaimanpun, menurutnya syarat-syarat untuk pengiktirafan tersebut belum diteliti dan hanya akan dipertimbangkan selepas kerja-kerja naik taraf diselesaikan.

“Lapangan terbang Miri memang sudah menerima pesawat yang datang dari Singapura melalui Scoot Air, akan tetapi ia masih belum dapat menampung lebih banyak lagi pesawat dan juga penumpang.

“Status lapangan terbang ini sekarang adalah lapangan terbang domestik.”

“Jika pelan ini diluluskan dalam Belanjawan 2023 nanti, Insya-Allah pengiktirafan tersebut boleh kita pertimbangkan lagi,” jelas Hasbi ketika menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Miri, Chiew Choon Man pada sesi perbahasan Penggal Kedua Parlimen ke-15, hari ini. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan