Beribu-ribu penumpang yang menggunakan sambungan hab Frankfurt terjejas oleh kelewatan dan pembatalan penerbangan. Foto Reuters.

Operasi Lufthansa di seluruh dunia terjejas akibat gangguan sistem komputer

ByBernama

BERLIN, 15 Feb: Gangguan serius terhadap sistem komputer pada Rabu telah melumpuhkan operasi syarikat penerbangan Lufthansa di seluruh dunia, menyebabkan banyak penerbangan tertangguh atau dibatalkan, lapor Agensi Anadolu.

Sistem yang terjejas itu termasuk daftar masuk dan sistem untuk menaiki pesawat. Menurut saluran televisyen (TV) Jerman RTL, dalam beberapa kes memaksa operasi dijalankan secara manual manakala saluran berita n-tv melaporkan tiada pesawat boleh beroperasi ketika ini.

Pesawat serta penumpang dilaporkan terkandas di Lapangan Terbang Frankfurt. Usaha sedang dilakukan untuk mencari penyelesaian, menurut jurucakap di Frankfurt pada Rabu.

Menurut data portal Flightradar24, banyak penerbangan telah ditangguhkan atau dibatalkan pada Rabu dan sehingga kini belum jelas punca gangguan sistem itu.

Di Frankfurt, Agensi Akhbar Jerman dpa melaporkan bahawa masalah sistem itu berpunca daripada kerja-kerja pembinaan landasan kereta api di Frankfurt.

Semua penerbangan menuju ke Lapangan Terbang Frankfurt terpaksa dilencongkan untuk mengurangkan kapasiti pesawat yang mendarat di lapangan terbang itu.

Pesawat dilencongkan ke lapangan terbang Nuremberg, Cologne dan Dusseldorf namun, operasi pelepasan masih dilakukan di Frankfurt.

Munich, hab utama lain untuk Lufthansa, masih membenarkan pesawat mendarat buat masa ini.

Semua penerbangan domestik Lufthansa di Jerman telah dibatalkan pada Rabu dan penumpang diminta menggunakan kereta api. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan