Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Lima nelayan warga Myanmar ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) pada kedudukan 23 batu nautika barat laut Pulau Kendi. Foto APMM.

Nelayan Myanmar tangkap 300 kg hasil laut negara ditahan APMM

GEORGE TOWN, 15 Feb: Lima nelayan warga Myanmar sempat menangkap kira-kira 300 kilogram (kg) hasil laut sebelum ditahan oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) semalam.

Kumpulan nelayan yang berusia antara 19 hingga 44 tahun itu ditahan menerusi Op Pertiwi dan Op Tanjung pada pukul 7.15 petang.

Pengarah Maritim Pulau Pinang, Kepten Maritim Abd. Razak Mohamed berkata, mereka dikesan berada pada kedudukan 23 batu nautika barat laut Pulau Kendi.

“Penahanan itu dibuat ketika nelayan terbabit sedang menangkap hasil laut menggunakan bot nelayan tempatan kelas C.

“Pemeriksaan mendapati, bot yang berpangkalan di Hutan Melintang, Perak itu dikendalikan oleh seorang tekong dan empat kru yang kesemuanya warga Myanmar.

“Mereka juga gagal mempamerkan dokumen pengenalan diri dan surat kelulusan bertulis atau permit kerja dari Ketua Pengarah Perikanan, Jabatan Perikanan Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ujar beliau, bot tersebut bersama kesemua kru dan hasil laut terbabit kemudiannya dibawa ke Jeti Limbungan Batu Maung di sini untuk siasatan lanjut.

Kes disiasat di bawah Akta Imigresen 1959/63 kerana tidak memiliki dokumen pengenalan diri yang sah dan Akta Perikanan 1985 kerana melanggar syarat sah lesen iaitu pemilik bot menggunakan warga asing tanpa kebenaran Ketua Pengarah Jabatan Perikanan Malaysia. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan