Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS). Foto: MAQIS (FB)

MAQIS rampas 16 tan makanan haiwan dari Singapura

ByBernama

JOHOR BAHRU, 15 Feb: Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) Johor merampas 16 tan makanan haiwan dari Singapura bernilai kira-kira RM326,391 kerana gagal mengemukakan permit import yang sah, petang semalam.

Pengarah MAQIS Johor Edie Putra Md Yusof berkata pihaknya menahan sebuah lori yang membawa produk tersebut di Kompleks Sultan Abu Bakar, Gelang Patah, pada pukul 3.30 petang.

“Hasil pemeriksaan pegawai penguat kuasa MAQIS mendapati makanan haiwan tersebut dibawa masuk tanpa mengemukakan permit import MAQIS yang sah dan telah ditahan untuk tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Edie Putra berkata pemandu lori berkenaan, yang merupakan lelaki warga tempatan berusia 46 tahun itu bagaimanapun dilepaskan selepas diambil keterangan.

Katanya perbuatan mengimport sebarang keluaran pertanian tanpa permit import MAQIS adalah menjadi suatu kesalahan di bawah Seksyen 11 (1) Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728) yang boleh dihukum di bawah Seksyen 11 (3) akta yang sama.

Menurut beliau, MAQIS sentiasa komited menjalankan penguatkuasaan di pintu masuk negara bagi menjamin keselamatan keluaran pertanian, di samping mematuhi syarat dan peraturan yang ditetapkan dalam usaha memastikan biosekuriti makanan negara sentiasa terkawal. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan