Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Dr Penguang Manggil menyempurnakan cek bantuan dana sekolah-sekolah mubaligh (Roman Catholic) Sarawak bagi tahun 2022. Foto: TVS

Kompleks UNIFOR dijangka siap hujung tahun 2024

ByRegina Lee

KUCHING, 15 Feb: Pembinaan Kompleks Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR) di Jalan Ong Tiang Swee bernilai RM70 juta dijangka siap selewat-lewatnya hujung tahun 2024.

Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Dr Penguang Manggil berkata, Kompleks UNIFOR mengambil masa dua tahun untuk disiapkan berdasarkan jadual kontrak selepas kerja pembinaannya bermula pada Oktober tahun lalu.

“Projek sedang berjalan dengan lancar dan kerja-kerja pembinaan sepatutnya bermula pada Mac tahun lalu, namun tertangguh akibat pandemik COVID-19, bangunan setinggi 10 tingkat ini terletak di kawasan seluas 1.2 hektar,” katanya ketika mengadakan sidang media di Wisma Bapa Malaysia di sini, hari ini.

Pada majlis itu Penguang turut menyampaikan cek bantuan dana sekolah-sekolah mubaligh (Roman Catholic) Sarawak bagi tahun 2022 berjumlah RM3,779,520 kepada 32 buah sekolah di Bahagian Kuching dan Bahagian Serian.

Daripada jumlah sekolah tersebut, dua penerima adalah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) dan 30 buah Sekolah Rendah Kebangsaan (SK).

Bantuan dana itu adalah untuk membantu pihak sekolah mubaligh mengurus, memperbaiki dan menaik taraf keperluan prasarana sekolah. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan