Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Abdul Karim berkata, pusat seni berkenaan dijangka akan dapat digunakan pada 2026. Foto Mohammad Fahmi Izuddin Ahmad Joyo.

Kerja naik taraf DUN Sarawak lama kepada Pusat Persembahan Seni bermula April

ByAkma Salleh

KUCHING, 15 Feb: Kerja menaik taraf bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak lama yang akan menjadi Pusat Persembahan Seni dijangka bermula pada April ini, kata Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah.

Beliau yang juga Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan negeri berkata, selepas beroperasi kelak, pusat berkenaan akan setaraf dengan Istana Budaya di Kuala Lumpur.

Kata beliau, ketika ini beberapa perkara perlu diselesaikan sebelum kerja naik taraf dilaksanakan.

“Tempat ini lain dan sebab itu memerlukan perancangan lebih teliti.

“Sekiranya ini bangunan baharu, akan lebih mudah untuk dibangunkan, tetapi ia merupakan bangunan DUN dan banyak benda perlu disimpan dan dikekalkan,” katanya.

Beliau berkata demikan dalam sidang media selepas hadir Majlis Pelancaran Original Soundtrack berjudul ‘Cinta Abadi’ dan sebuah filem pendek di Muzium Budaya Borneo di sini semalam.

Abdul Karim turut memberitahu, pusat berkenaan dijangka akan dapat digunakan pada 2026.

Mengulas lanjut, Abdul Karim berkata, pemilihan kontraktor bagi kerja pengubahsuaian juga dilakukan dengan teliti agar tidak merosakkan struktur bangunan.

Berhubung reka bentuk akhir serta butiran projek pula, Abdul Karim berkata, ia telah dipersetujui oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.-TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan