Program realiti ratu cantik terbitan TVS Dara Kenyalang bersiaran setiap Ahad jam 3 petang, siaran ulangan setiap Selasa jam 3 petang dan Jumaat 8.45 malam, hanya disaluran 122 Astro dan MYTV. Foto: Dara Kenyalang

Dara Kenyalang ketengah pertandingan ‘Pekit Kumang’ versi kontemporari

ByAmirah Shawel

KUCHING, 15 Feb: Program realiti, Dara Kenyalang menampilkan pertandingan ratu cantik ‘Pekit Kumang’ versi kontemporari.

Menurut salah seorang jurinya, Angela Martin, program yang disiarkan buat pertama kalinya di TVS malam Ahad lalu menggabungkan idea asal pertandingan ratu cantik namun bernada kontemporari dengan penampilan barisan peserta pelbagai etnik daripada bangsa Iban, Orang Ulu dan Bidayuh di Sarawak.

Angela menambah program realiti berkenaan berupaya menjadi pentas permulaan untuk gadis Bumi Kenyalang mempersembahkan bakat terpendam mereka kepada umum.

“Dara Kenyalang umpama batu loncatan bukan sahaja kepada juaranya nanti namun peserta lain turut berpeluang untuk dinilai oleh agensi luar yang menyukai bakat mereka”.

“Justeru itu, kita bukan sahaja akan menilai paras rupa mereka tetapi juga bakat yang ditonjolkan oleh setiap peserta,” katanya ketika ditemu bual TVS secara eksklusif di sini, hari ini.

Baca artikel berkaitan > > > Dara Kenyalang, program realiti ratu cantik pertama TVS temui penonton

Dalam pada itu, Angela yang juga bekas Kumang Gawai Sarawak mengakui dirinya mahu melihat anak-anak Sarawak terutamanya golongan wanita melakar kejayaan ke peringkat yang lebih tinggi.

Program ini juga menurutnya bakal menjadi platform untuk masyarakat luar mengenali dan memahami kepentingan budaya pertandingan ratu cantik di Sarawak.

“Selalunya pertandingan ratu cantik seperti Kumang hanya diadakan di dalam dewan sahaja serta akan ditonton oleh penonton yang sedikit namun untuk program ini kita siarkan di TVS supaya dapat ditonton oleh orang ramai,” jelasnya.

Angela memberitahu program 13 episod itu menyaksikan pelbagai tugasan menarik akan ditawarkan kepada 12 finalis untuk diuji sebelum layak dinobatkan sebagai Ratu Dara Kenyalang 2023.

“Antara cabaran yang diberikan kepada setiap peserta termasuk nyanyian, lakonan, peragaan pentas dan pertunjukan fesyen serta tarian,” ujarnya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan