Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh bercakap dalam sidang media di Parlimen hari ini. Foto TVS.

Contohi polisi kerajaan bayar elaun pelajar industri RM900 sebulan

ByAkma Salleh

KUCHING, 15 Feb: Kerajaan menyarankan supaya sektor swasta turut membayar elaun RM900 sebulan kepada pelajar industri yang menjalani amali di syarikat masing – masing.

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berkata, ketika ini kerajaan membayar elaun dengan jumlah berkenaan sejak 2019 yang telah dijelaskan menerusi surat pekeliling bertarikh 6 September 2019.

“Ia (surat pekeliling) menjelaskan secara terperinci berhubung aspek pengambilan pelajar, tempoh praktikal dan kadar bayaran elaun.

“ketika ini kerajaan tidak mewajibkan syarikat swasta untuk membayar elaun kepada pelajar dalam program latihan industri,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media di Parlimen hari ini.

Mengulas lanjut, Hannah berkata, kerajaan tidak mewajibkan pembayaran elaun oleh syarikat swasta memandangkan masih banyak perniagaan yang sedang bergelut selepas pandemik COVID-19.

“Namun demikian, kerajaan amat menggalakkan agar syarikat swasta mencontohi langkah membayar elaun kepada para pelajar yang sedang menjalani latihan industri,” katanya.

Sementara itu, Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, isu ini perlu diberi perhatian dan beliau mahu kebajikan pelajar yang menjalani latihan industri dibela.

“Ini kerana mereka bukanlah kuli untuk melaksanakan pelbagai tugasan.

“Sekarang sudah 2023, saya rasa penting supaya kerajaan menghantar satu mesej yang jelas bahawa pelajar latihan industri bukannya untuk dikerah bekerja dari pagi hingga malam malah ada yang disuruh bertugas pada hujung minggu tanpa menerima bayaran,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan