Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang wanita ditahan polis selepas disyaki bersubabat dalam kes samun berkumpulan di Jalan Market, di sini, semalam. Foto, IPD Sibu.

Wanita dipercayai terlibat samun berkumpulan di Sibu ditahan

SIBU, 14 Feb: Seorang wanita merupakan antara tiga individu yang ditahan polis kerana disyaki menyamun seorang lelaki di Jalan Market, dekat sini, semalam.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner (ACP) Zulkipli Suhaili berkata, kesemua mereka berjaya diberkas kurang tiga jam selepas melakukan jenayah berkenaan. 

Katanya, suspek merupakan dua lelaki yang masing – masing berusia 24 dan 38 tahun manakala wanita itu berusia 37 tahun.

“Ketiga-tiga suspek ditahan oleh sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sibu semasa sedang melepak di Terminal Wharf Sibu pada pukul 9.30 malam,” katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Zulkipli memberitahu, dalam kejadian kira – kira pukul 6.20 petang semalam, seorang lelaki tempatan berusia 44 tahun membuat laporan polis selepas telefon bimbit miliknya dilarikan dua perompak dan mengalami kerugian lebih kurang RM1,500.

Katanya, mangsa telah turut cedera di bahagian dahi selepas ditumbuk oleh suspek.

“Polis juga berjaya merampas sebuah telefon bimbit milik dipercayai milik mangsa untuk dijadikan sebagai barang kes,” ujarnya.

Menurut Zulkipli, semakan mendapati kedua-dua suspek lelaki itu mempunyai rekod jenayah lampau.

Tambahnya, kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan kerana melakukan rompakan berkumpulan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan