Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Amanat daripada Naib Canselor UNIMAS, Prof Datuk Dr Mohamad Kadim Suaidi di DeTAR hari ini. Foto: FSKPM UNIMAS

UNIMAS tawar lima program sarjana baharu mulai tahun ini

KOTA SAMARAHAN, 14 Feb: Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) akan menawarkan lima program baharu peringkat sarjana secara kerja khusus tahun ini melibatkan pengajian seni bina, pendidikan dan perubatan.

Naib Canselornya Prof Datuk Dr Mohamad Kadim Suaidi berkata program berkenaan terdiri daripada Master of Architecture, Master Of Education (Teaching English to Speakers of Other Languages), Master of Internal Medicine, Master of Surgery (Ortorhinolaryngology, Head and Neck Surgery) dan Master In Family Medicine.

“Kita (UNIMAS) menyasarkan setiap program itu ada sekitar 15 hingga 20 orang pelajar, program sarjana ini kita tak boleh ambil ramai kerana amat khusus dan memerlukan kepakaran,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Amanat Naib Canselor 2023 di sini, hari ini.

Beliau berkata pengambilan pelajar bagi kelima-lima program berkenaan dijangka bermula sekitar September atau Oktober depan.

“Ketika ini kita ada sebanyak 27 program sarjana yang ditawarkan dengan pelajar sekitar 1,800 orang,” katanya.

Mohamad Kadim berkata pada masa ini universiti itu juga mempunyai kira-kira 16,000 pelajar dan berhasrat untuk meningkatkan ambilan pelajar sehingga keseluruhan mencecah 20,000 orang bermula 2025.

“Bagi mencapai hasrat itu, UNIMAS bercadang meningkatkan ambilan pelajar prasiswazah dengan unjuran 5,000 orang setahun dan pelajar prauniversiti dengan unjuran 1,000 orang setahun,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan