Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ahli Parlimen Sri Aman, Dato Sri Doris Sophia Brodie. Foto Zaim Zharfan (TVS)

Segera salur peruntukan baiki sekolah daif di Sri Aman – Doris Sophia

ByYusuf Shukri

KUALA LUMPUR, Feb 14: Masalah sekolah daif di Sri Aman perlu diberi perhatian segera oleh kerajaan bagi memastikan keselesaan pelajar.

Ahli Parlimennya, Dato Sri Doris Sophia Brodie berkata, keadaan di beberapa sekolah di sana sangat daif malah ada yang seperti bangunan usang.

“Ada sekolah yang dindingnya berlubang, tiada tingkap serta bangunan asrama yang sudah tidak sesuai untuk didiami.

“Kita sudah berada pada abad ke-21, masalah seperti ini seharusnya tidak berlaku kepada pelajar kita,” katanya kepada TVS di sini hari ini.

Sehubungan itu, Doris Sophia memohon agar Kerajaan Persekutuan supaya memberi perhatian serius kepada isu berkenaan termasuk menyediakan peruntukan bagi membaiki sekolah daif.

Sementara itu, beliau memberitahu, isu kekurangan petugas di Hospital Sri Aman juga perlu ditangani segera.

“Hospital Sri Aman memiliki kemudahan yang hampir sempurna namun berdepan pula masalah kekurangan petugas.

“Ini menyukarkan pesakit untuk menerima rawatan jika kekurangan doktor pakar dan kakitangan sokongan yang lain,” katanya.

Justeru, beliau memohon agar pihak bertanggungjawab supaya mengisi kekosongan di situ dengan menghantar petugas yang berkelayakan untuk berkhidmat. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan