Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Datuk Julaihi Narawi bergambar bersama pelajar CENTEXS semasa Program Meraikan Pentauliahan Centre For Technology Excellence Sarawak (CENTEXS) sebagai institusi bertauliah oleh Electrical Inspectorate Unit (EIU). Foto TVS.

Sarawak sasar 20,000 pekerja sektor tenaga elektrik menjelang 2030

KUCHING, 14 Feb: Sarawak mensasarkan seramai 20,000 pekerja dalam sektor tenaga elektrik menjelang tahun 2030 bagi mencapai hasrat menyalurkan bekalan secara 24 jam di seluruh negeri.

Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Datuk Julaihi Narawi mendedahkan setakat ini liputan bekalan elektrik 24 jam di Sarawak sudah mencapai sebanyak 97.9 peratus.

“Namun, pada masa yang sama memang kita akui ada tempat-tempat yang masih memerlukan bekalan elektrik sistem kendiri (sistem off-grid) terutama sekali di kawasan pedalaman.

Sarawak sasar 20,000 pekerja mahir dalam sektor elektrik

“Jadi, sistem off-grid ini tidak bermakna kita membekalkan elektrik kepada mereka tetapi kita sediakan sistem Skim Elektrifikasi Luar Bandar Alternatif Sarawak (SARES) ataupun sistem off-grid agar mereka juga boleh menikmati bekalan elektrik”.

“Tetapi jika kita hendak mencapai hasrat kita supaya penduduk Sarawak mendapatkan bekalan eletrik 24 jam, kita memerlukan lebih ramai orang yang kompeten dan berkelayakan. Sekarang, kita mempunyai lebih kurang 10,000 orang secara keseluruhannya,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas Program Meraikan Pentauliahan Centre For Technology Excellence Sarawak (CENTEXS) sebagai institusi bertauliah oleh Electrical Inspectorate Unit (EIU) di sini.

Menurut beliau, usaha kementeriannya untuk mencapai sasaran tersebut dengan mengadakan kerjasama rapat dengan institusi yang bertauliah bagi meningkatkan pengambilan pelatih bagi kursus kompetensi.

“Kita amat menggalakkan kerjasama antara semua institusi yang berkaitan. Misalnya, satu pihak boleh menggunakan kemudahan yang disediakan oleh pihak yang menjalin kerjasama dengannya seperti sesebuah institusi pastinya mempunyai tenaga kerja yang berkualiti”.

“Maknanya gabungan ini merupakan perkongsian pintar dan ia bakal menjimatkan kos antara satu sama lain,” katanya lagi.

Untuk rekod, CENTEXS setakat ini telah menghasilkan seramai 494 graduan dalam Kursus Pendawaian dan Chargeman dengan sijil kecekapan yang diiktiraf oleh EIU, dan 19 pelatih dengan pensijilan antarabangsa dari Persatuan KNX Brussels, Belgium.

Turut hadir bersama Pengerusi CENTEXS, Tan Sri Datuk Amar Mohamad Morshidi Abdul Ghani, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Sarawak Energy, Datu Sharbini Suhaili, Setiausaha Tetap Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi (MUT) Sarawak, Jafri Lias, Ketua Pegawai Eksekutif CENTEXS, Syeed Mohd Hussein Wan Abdul Rahman dan Pengarah Bekalan Elektrik MUT, Syed Mohamad Fauzi Shahab. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan