Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Foto: Bernama

PM akan ke Turkiye malam ini, temui Presiden Erdogan

ByYusuf Shukri

KUALA LUMPUR, Feb 14: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka berangkat ke Turkiye malam ini untuk menemui Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan.

Menurut beliau, pertemuan dengan Erdogan juga sebagai tanda sokongan moral Malaysia kepada negara yang terkesan akibat gempa bumi minggu lalu.

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Tambun itu mendedahkan beliau menerima sendiri jemputan khas daripada Erdogan ekoran berasa tertekan dengan situasi yang melanda negara itu.

Beliau memberitahu jemputan daripada Erdogan diterimanya susulan Malaysia antara negara yang terawal menghantar bantuan kemanusian ke Turkiye.

“Pada mulanya, saya enggan pergi kerana kita sudah hantar Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) dan juga pasukan perubatan”.

“Tetapi apabila beliau (Erdogan) merayu agar saya juga berada di sana, saya telah membuat keputusan untuk pergi kerana dia rasa sahabat perlu bersama-sama terutamanya ketika dilanda kecemasan seperti ini,” kata Anwar ketika ditemu bual selepas makan tengahari bersama senator di Parlimen, hari ini.

Anwar dijangka tiba di Turkiye esok pagi dan akan kembali semula ke Malaysia menjelang petang untuk menghadiri Parlimen.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan