Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pelancong asing yang ditemui berkata, mereka lebih teruja melawat tempat bersejarah di Sarawak berbanding premis komersial. Foto TVS.

Pelancong asing lebih teruja lawat tempat bersejarah berbanding pusat membeli belah

ByNazirah Adlina

KUCHING, 14 Jan: Langkah mempromosikan tempat bersejarah sebagai tarikan pelancongan dilihat lebih wajar berbanding ‘menjual’ lokasi komersial dan hiburan.

Penduduk tempatan, Mohd. Azib Adenan berpendapat, ini kerana tapak pelancongan yang bersejarah lebih menarik untuk kepada pelancong luar berbanding dengan pusat beli-belah.

“Bagi saya, tempat bersejarah lebih baik dipromosikan berbanding shopping malls kerana tapak bersejarah mampu mempromosikan tempat kita,” katanya kepada TVS.

Baru – baru ini, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), Datuk Seri Tiong King Sing berkata, kementeriannya akan memberi fokus untuk mempromosikan tapak bersejarah sebagai destinasi utama pelancongan dan bukannya pusat beli-belah.

Sementara itu, pelancong Jerman, Michelle Leohr berkata, sebagai pengembara yang sedang menjelajah Asia Tenggara, lokasi bersejarah menjadi tumpuannya.

“Ini bagi membandingkan gaya kehidupan serta budaya orang tempatan berbanding di negara sendiri.

“Tujuan pergi ke sesebuah negara ialah kerana ingin mengenali orang tempatan, budaya mereka dan bukan untuk ke pusat beli-belah,” katanya.

Secara berseloroh, Leohr berkata, dia hanya akan ‘masuk’ ke pusat membeli – belah sekiranya cuaca hujan.

Tambahnya, dia juga sangat berminat untuk melihat landskap di negara yang dikunjunginya selain ingin tahu cara hidup rakyat tempatan.

“Jika saya tidak mahu melihat budaya, saya boleh kekal di Jerman dan pergi membeli-belah,” kata Michelle ketika ditemui TVS di Waterfront Kuching hari ini.

Nada sama turut disuarakan Jen Cousal dari United Kingdom yang memberitahu tujuan dia datang ke Sarawak ialah kerana ingin melawat tempat bersejarah di sekitar Kuching.

“Saya rasa ia adalah idea yang baik (kerajaan promosi tempat bersejarah).

“Saya lebih berminat dengan sejarah sesuatu tempat kerana kita boleh pergi ke pusat beli belah di mana sahaja lokasi di dunia namun budaya dan sejarah adalah berbeza dan lebih menarik dan penting untuk dipelajari,” jelasnya.

Jen turut memberitahu, antara lokasi yang menjadi tumpuannya di Kuching ialah Masjid Bandaraya Kuching, Muzium Budaya Borneo serta beberapa muzium lain. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan