SONG, 14 Feb: Mangsa terakhir kejadian perahu karam dijumpai terapung lima kilometer daripada lokasi karam di Sungai Song, awal pagi ini.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam pada jam 6.57 pagi berhubung kejadian.
“Setibanya pasukan penyelamat di lokasi, Komander Operasi, Rin Aho melaporkan mayat dijumpai 5km dari lokasi mangsa dikhuatiri lemas dan mayat telah dibawa ke jeti Song”.
“Mayat kemudiannya telah diserah kepada pihak polis dan operasi ditamatkan,” menurut laporan PGO hari ini.
Mangsa terakhir itu dikenali sebagai Gawing Mancha, 47 tahun.
Pada Isnin, TVS melaporkan fenomena pertembungan ombak Sungai Song dan Sungai Rajang dikenal pasti sebagai punca kejadian perahu berkenaan karam.
– TVS