Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ahli Parlimen Igan, Ahmad Johnie Zawawi. Foto TVS.

Keperluan pembangunan di Igan dibahas di Parlimen – Ahmad Johnie

ByYusuf Shukri

KUALA LUMPUR, 14 Feb: Keperluan pembangunan di Parlimen Igan akan dibawa pada sidang Dewan Rakyat yang sedang berlangsung.

Ahli Parlimennya, Ahmad Johnie Zawawi berkata, ini termasuklah kemudahan infrastruktur yang masih kurang di kawasan berkenaan.

“Ini melibatkan jalan kampung yang perlu dibaik pulih serta ada yang perlu bina semula.

“Inilah yang dimahukan oleh rakyat di sana,” katanya kepada TVS di Parlimen di sini hari ini.

Menurut Ahmad Johnie, perkara itu perlu disuarakan supaya didengari oleh menteri bertanggungjawab dan Kerajaan Persekutuan.

Sementara itu, beliau turut memaklumkan hasratnya untuk membangkitkan keputusan mengurangkan peruntukan Ahli Parlimen kepada RM1.3 juta berbanding RM3 juta sebelum ini.

“Jumlah baharu dana yang diberi oleh Kerajaan Perpaduan itu tidak cukup. Di Sarawak, geografinya yang luas memerlukan logistik seperti penggunaan bot untuk sampai ke kawasan pedalaman,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan