Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam Sesi Soal Jawab Perdana Menteri pada Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Parlimen Ke-15 di Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen hari ini. Foto: Bernama

Hutang lebih tinggi dari pertumbuhan ekonomi negara, kerana ketirisan – PM

ByYusuf Shukri

KUALA LUMPUR, 14 Feb: Kerajaan bakal memperbaiki tata kelola pengurusan perbelanjaan negara agar tidak membebankan rakyat, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Jelas beliau kerajaan ketika ini hanya mampu membayar faedah hutang susulan kelemahan dan ketirisan pengurusan perbelanjaan sebelum ini.

“Dari segi faktanya hutang telah mencecah liabiliti”.

Hutang lebih tinggi dari pertumbuhan ekonomi – PM

“Hutang kerajaan adalah RM1.5 trilion iaitu 82 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar KDNK”.

“Untuk memperincinya, hutang kerajaan ialah RM1079.6 trilion termasuk komitmen jaminan RM205.9 bilion, 1MDB RM18.2 bilion, dan liabilitI lain RM142.2 bilion maka jumlah keseluruhan adalah RM1445.9 trilion”.

“Dan kalau dikira dari segi peratus, 82 peratus daripada KDNK dan untuk hutang kerajaan persekutuan sudah mencecah 60.4 peratus ia termasuk khidmat hutang sekarang di mana kita bayar 2022 bayaran khidmat hutang (debt service charges) sebanyak RM41 bilion.” katanya.

Anwar berkata demikian pada sesi soal jawab Perdana Menteri (PMQ) pada sidang Dewan Rakyat di sini, hari ini.

Menurutnya bayaran tersebut adalah bagi bayaran khidmat hutang atau hanya membayar faedah dan bukan membayar jumlah hutang tertunggak.

“Langkah diambil ini pertamanya bagi membaiki tata kelola kerana di antara perbelanjaan billion ringgit yang hilang ini adalah pengurusan lemah, ketirisan, dan menyebabkan hutang lebih tinggi daripada pertumbuhan ekonomi negara.

“Untuk memastikan asas hasil ditambah dan remakan atau kajian semula perbelanjaan awam adalah dengan mengkaji semula kaedah perbelanjaan awal tanpa membebankan rakyat, terutama dalam pendidikan, kesihatan dan pelaksanaan asas.” jelasnya.

Perinciannya tersebut jelasnya lagi akan dicerakinkan dalam pembentangan Belanjanwan 2023 pada 24 Februari depan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan