Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Owen Siau Wei Zhe (kiri) dan Ivan Cheng Chia Chun (kanan) di hadapan salah satu dari tiga gerai milik Owen di perhentian bas Jalan Stutong berdekatan Saradise. Foto: TVS.

Gerai sementara tepi jalan, mudah beli cenderahati sempena Hari Kekasih

KUCHING, 14 Feb: Sebanyak 30 gerai sementara mendapat permit Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) bagi menjual cenderahati sempena Hari Kekasih pada hari ini.

Menurut seorang pembeli, Toh Hong Wei lokasi salah satu gerai sementara yang muncul selama dua hari bermula semalam di hadapan Taman Sahabat, Jalan Song telah memudahkan dirinya memandangkan lokasi gerai sementara terbabit berada di laluannya untuk pulang ke rumah.

“Saya datang ke sini untuk membeli bunga untuk ibu saya. Setiap tahun sewaktu Hari Kekasih, saya membelikan cenderahati buat ibu saya.

“Kemunculan gerai ini memudahkan saya kerana saya hanya perlu berhenti seketika di kawasan parkir, memilih cenderahati dan pulang ke rumah,” Katanya kepada TVS hari ini.

Toh turut mengakui Hari Kekasih penting buat dirinya untuk menzahirkan cintanya buat insan tersayang.

Sementara itu kata Toh, harga cenderahati yang dijual di gerai sementara itu tidak jauh berbeza berbanding cenderahati yang dijual di pusat beli-belah.

Tinjauan TVS di lokasi seterusnya, iaitu di perhentian bas Jalan Stutong berdekatan Saradise, menjadi tapak buat dua sahabat, Owen Siau Wei Zhe, 23, dan Ivan Cheng Chia Chun, 24, meraih pendapatan menerusi gerai sementara yang disediakan oleh MBKS.

Bersama enam lagi rakan kongsi termasuk kekasihnya, Owen telah menyewa tiga tapak berbeza, dua daripadanya dikendalikan rakan kongsinya yang lain iaitu terletak di hadapan pusat beli-belah Vivacity.

“Cenderahati yang terdapat disini sebahagian digubah oleh kekasih saya manakala sebahagian lagi dari kami sendiri.

“Kami berniaga sekadar suka-suka dan ini bukannya pekerjaan tetap kami.

“Untung itu ada tetapi tidak banyak kerana semalam hujan. Mungkin hari ini akan ada lebih ramai pembeli kerana hari ini Hari Kekasih,” jelasnya.

Owen memberitahu sewa tapak yang dikenakan pada harga berpatutan iaitu RM 240 untuk tiga tapak dengan deposit sebanyak RM 500.

Dalam pada itu, Owen turut berharap pihak MBKS akan meneruskan inisiatif menyediakan gerai sementara seperti ini sempena hari peristiwa lain bagi memberi peluang penduduk sekitar Kuching untuk menjana pendapatan sampingan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan