Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ahli Parlimen Igan, Ahmad Johnie Zawawi. Foto:TVS

Ahli Parlimen Igan minta kerajaan kaji semula pengurangan peruntukan

ByYusuf Shukri

KUALA LUMPUR, 14 Feb: Kerajaan disaran supaya menyemak semula keputusan mengurangkan peruntukan ahli parlimen kepada RM1.3 juta setahun berbanding RM3.8 juta sebelum ini.

Ahli Parlimen Igan, Ahmad Johnie Zawawi berkata, pertimbangan semula itu wajar kerana nilai baharu itu membebankan ahli parlimen.

Menurutnya, peruntukan sebelum ini tidak hanya digunakan bagi aktiviti kemasyarakatan malah disalurkan untuk menyediakan infrastruktur kecil.

“Kekurangan peruntukan seperti diumumkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi kesan kepada ahli-ahli parlimen.

“Semua peruntukan digunakan untuk rakyat khususnya kepada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan badan budan kerajaan (NGO), malah peruntukan sebelum ini juga digunakan bagi tujuan pembangunan infrastruktur, baik pulih dan naik taraf.

“Jadi saya berharap agar Perdana Menteri dapat mengkaji semula perkara ini malah menambah peruntukan kerana semuanya untuk rakyat,” katanya kepada TVS di lobi Parlimen di sini hari ini.

Awal bulan ini, Anwar mengesahkan peruntukan tahunan kepada Ahli Parlimen dikurangkan kepada RM1.3 juta sebagai langkah mengawal aliran kewangan negara.

Ujar Ahmad Johnie, keperluan untuk menambah peruntukan adalah relevan terutamanya bagi parlimen yang mempunyai lebih dua kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN).

“Sebelum ini kami dapat RM3.8 juta namun ada dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di bawah parlimen, malah ada kawasan yang mempunyai tiga ADUN,” katanya.

Memberi contoh kawasan parlimen diwakilinya, Ahmad Johnie berkata, peruntukan RM1.3  juta itu perlu dibahagikan kepada dua ADUN di situ dan jumlah berkenaan tidak mencukupi. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan