Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof. Foto TVS.

Sarawak dan Sabah dekat di hati Agong – Fadillah

ByYusuf Shukri

KUALA LUMPUR, 13 Feb: Sarawak dan Sabah berada dekat di hati Yang di-Pertuan Agong, Al – Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berdasarkan keprihatinan yang dizahirkan Baginda, kata Datuk Seri Fadillah Yusof.

Menurut Timbalan Perdana Menteri itu, beliau berasa tersentuh apabila Seri Paduka berkenan untuk menelusuri Lebuhraya Pan Borneo supaya dapat mengenali dengan lebih rapat lagi rakyat di pedalaman Bumi Kenyalang dan Negeri di Bawah Bayu.

“Ini kerana Tuanku hendak melihat sendiri pembangunan Sarawak secara fizikal jalan tersebut.

“Sabah dan Sarawak sangat dekat di hati Baginda dan sebelum baginda menamatkan tugas sebagai Yang di-Pertuan Agong, Baginda berkenan untuk melihat proses pembangunan di sana,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada TVS sebelum bertemu Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg di sini malam tadi.

Ketika menyampaikan Titah Diraja sempena Istiadat Pembukaan Penggal Kedua Parlimen ke-15 hari ini, Al – Sultan Abdullah menzahirkan impian untuk memandu menelusuri laluan Projek Fasa 1 Lebuhraya Pan Borneo di Sabah dan Sarawak.

Titah Seri Paduka, program kembara berkenaan sedang dirangka oleh Istana Negara dengan kerjasama Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Sabah dan Kerajaan Sarawak.

Pada masa sama, Fadillah berkata, Malaysia secara amnya begitu bertuah kerana memiliki Ketua Negara yang berjiwa rakyat dan sentiasa prihatin dengan rakyatnya.

Sementara itu, Fadillah turut menjunjung kasih kepada Seri Paduka kerana dititahkan untuk menyelaraskan lawatan Baginda kelak termasuk tempat-tempat yang perlu dilawati seperti Brunei sebelum ke Sabah.

“Sebagai bekas Menteri Kerja Raya dan Menteri Kanan Kerja Raya, sebahagian besar pelaksanaan projek Pan Borneo adalah di bawah tanggungjawab saya,” katanya.

Setakat ini Lebuhraya Pan Borneo Fasa 1 di Sarawak sudah mencapai kemajuan sebanyak 92 peratus manakala di Sabah sebanyak 74 peratus. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan