Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Mayat kedua-dua mangsa yang maut dipercayai terhidu gas beracun di dalam ruangan dalam bawah kapal tersebut. Foto IPD Sibu.

Dua pekerja kapal maut dipercayai terhidu gas beracun di Sibu

SIBU, 13 Feb: Dua pekerja kapal ditemui maut dipercayai akibat terhidu gas beracun di dalam ruangan bawah sebuah kapal yang berlabuh di tebing Sungai Batang Lebaan, dekat sini pagi tadi.

Kedua-dua mangsa lelaki dikenali sebagai Kiam Ngit dan Dhananth Koviri yang masing-masing berusia 37 dan 23 tahun.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon 4 Sibu, Penguasa Kanan Bomba 1 Janggan Muling berkata, pihaknya dimaklumkan mengenai kejadian pada pukul 10.30 pagi.

“Seramai 11 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Merah diarahkan ke lokasi kejadian.

“Setiba di situ, pasukan penyelamat yang memakai peralatan pelindung diri (PPE) serta alat pernafasan membuat size-up dan mendapati dua lelaki tidak sedarkan diri dalam ruangan berkenaan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Janggan berkata,  kedua-dua mangsa telah disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan Hospital Sibu di tempat kejadian.

Mayat kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut dan operasi ditamatkan pada pukul 1.18 petang.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner (ACP) Zulkipli Suhaili ketika dihubungi mengesahkan kejadian.

Setakat ini, katanya kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan