KUALA LUMPUR, 13 Feb: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan rasa sukacita baginda terhadap prestasi pelaksanaan Projek Fasa 1 Lebuhraya Pan Borneo di Sabah dan Sarawak.
Baca artikel berkaitan di sini:
- 1. Agong titah usaha perkasa ekonomi di Sabah dan Sarawak perlu dipergiat
- 2. Kerajaan Persekutuan ambil tindakan selesai MA63 -YDPA
Al-Sultan Abdullah turut menzahirkan impian untuk memandu menelusuri laluan berkenaan.
Titah baginda, program kembara berkenaan sedang dirangka oleh Istana Negara dengan kerjasama Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Sabah dan Kerajaan Sarawak.
“Adalah menjadi impian Beta untuk memandu menelusuri Lebuh Raya Pan Borneo ini khusus untuk Beta mengenali dengan lebih rapat lagi rakyat Beta di pedalaman Bumi Kenyalang dan Negeri di Bawah Bayu,” titah Al-Sultan Abdullah dalam Titah Diraja sempena Istiadat Pembukaan Penggal Kedua Parlimen ke-15 di sini hari ini.
Pembinaan Lebuhraya Pan Borneo bermula pada 2015 dan dijangka siap sepenuhnya pada 2024. -TVS