Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Bekas penyerang berbisa Sarawak FA kembali ke Malaysia sebagai jurulatih kelab pembangunan bola sepak di Kuala Lumpur. Foto: Muamer Salibasic.

Salibasic kembali ke Malaysia, sertai barisan kejurulatihan akademi bolasepak

ByLuqman Muhammad

KUCHING, 12 Feb: Bekas penyerang berbisa Sarawak FA, Muamer Salibasic kembali ke Malaysia apabila menyertai barisan kejurulatihan sebuah akademi pembangunan bola sepak di Kuala Lumpur.

Salibasic, 39, yang memiliki lesen kejurulatihan UEFA menyifatkan peluang itu sebagai batu loncatan untuknya mengembangkan potensi kejurulatihannya sekali gus menyumbang kepada peningkatan mutu akar umbi bola sepak negara.

Muamer Salibasic berharap tugasnya sebagai jurulatih di akademi pembangunan bola sepak di ibu negara akan menyumbang kepada pembangunan bola sepak di Malaysia: Foto: Muamer Salibasic.

“Saya ke sini kerana jurulatih skuad kebangsaan bawah 23 tahun yang juga Pengarah Teknikal bagi akademi KDH Global Football Club, E. Elavarasan.

“Kebanyakan barisan jurulatih di sini hanya mempunyai lesen kejurulatihan C sahaja, sedangkan saya memiliki lesen A.

“Di samping itu, saya juga mengintai peluang untuk mengemudi kelab-kelab yang beraksi dalam saingan Liga Super, Liga Premier dan Liga M3,” ujar Salibasic ketika dihubungi TVS di sini, hari ini.

Sebelum ini jurulatih kelahiran Bosnia itu pernah mengendalikan pasukan FK Bosna Mionica (2021-2022) dan Seona FC (2020-2021) yang beraksi dalam liga negara berkenaan.

Salibasic mewakili Sarawak selama tiga tahun pada 2013 hingga 2015 dan kembali menyertai Ngap Sayot pada 2019.

Selepas bersara sebagai pemain, beliau juga pernah berkhidmat sebagai jurulatih kecergasan pada tahun lepas. -TVS 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan