Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Malaysia menewaskan Hong Kong 2-0 pada pertandingan akhir Kejohanan Skuasy Remaja Berpasukan Asia di India hari ini. Foto Squash Racquets Association of Malaysia.

Pasukan skuasy wanita Malaysia pertahankan gelaran juara remaja Asia

ByBernama

KUALA LUMPUR, 12 Feb: Skuad skuasy wanita negara muncul juara Kejohanan Berpasukan Remaja Asia selepas buat kali keempat berturut-turutĀ  selepasĀ  menewaskan Hong Kong 2-0 pada aksi final di Chennai, India, hari ini.

Pemain perseorangan negara, Aira Azman, membuka tirai dengan mudah menewaskan Wai Sze Wing 3-0 (11-2, 11-9, 11-5).

J.Yasshmita mengesahkan kejuaraan apabila terpaksa berhempas pulas sebelumĀ menyingkirkan Tse Yee Lam Toby, 3-2 (11-15, 7-11, 11-9, 9-11, 11-7).

Sebelum ini, Malaysia menjuarai kejohanan tersebut pada 2015, 2017 dan 2019.

Dalam acara lelaki, Pakistan muncul juara selepas menewaskan India 2-0 pada aksi final.

Skuad lelaki Malaysia menduduki tempat ketiga selepas tewas 0-2 kepada Pakistan pada aksi separuh akhir semalam. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

Ā 

Berita Berkaitan