Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Motosikal ditunggang oleh seorang operator kilang mengalami kerosakan teruk akibat kemalangan di Jalan Sibu-Bintulu di sini hari ini. Foto IPD Mukah.

Operator kilang maut motosikal bertembung pacuan empat roda di Pan Borneo

MUKAH, 12 Feb: Seorang operator kilang maut selepas motosikal ditunggangnya bertembung dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda di Kilometer 62, Lebuhraya Pan Borneo Sarawak, Jalan Sibu-Bintulu di sini.

Dalam kejadian pukul 10 pagi tadi, mangsa, Muhammad Aqif Rayyan Yeo, 26 dari Kampung Kelaup, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan Klinik Kesihatan Selangau akibat kecederaan parah.

Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan (DSP) Muhamad Rizal Alias berkata, ketika kejadian mangsa sedang mengikuti konvoi bermotosikal bersama sekumpulan rakan ke Sibu.

Katanya, kemalangan itu berlaku apabila motosikal mangsa masuk ke laluan kenderaan pacuan empat roda yang dipandu oleh seorang lelaki berusia 67 tahun dari arah Sibu.

“Akibat rempuhan itu, mangsa jatuh dan mengalami kecederaan parah di bahagian kepala,” katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Muhamad Rizal berkata, pemandu kenderaan pacuan empat roda itu yang juga seorang pengawal keselamatan tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Mayat dihantar ke Hospital Mukah dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan