Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak (MIS) Datuk Misnu Taha (Tengah) ketika ditemui selepas menghadiri Majlis Khatam Al-Quran di Sekolah Kebangsaan Agama (SKA) Datuk Abdul Kadir Hassan di Kuching. Foto: TVS

MIS sumbang kutipan Sadaq Jumaat kepada mangsa gempa bumi Turkiye dan Syria

KUCHING, 12 Feb: Majlis Islam Sarawak (MIS) akan mendermakan semua kutipan Sadaq Jumaat yang diperoleh pada 10 dan 17 Februari kepada Tabung Sumbangan Gempa Bumi di Turkiye dan Syria.

Yang Dipertuanya, Datuk Misnu Taha berkata, selain kutipan pada dua hari berkenaan, MIS juga turut mengalakkan individu yang ingin menyumbang kepada tabung tersebut.

MIS katanya berharap agar sumbangan berkenaan akan dapat meringankan beban mangsa yang mengalami musibah di dua negara berkenaan.

“Setakat ini, berdasarkan maklumat media, jumlah korban bencana alam itu melebihi 25,000 orang iaitu jumlah yang cukup besar.

“Oleh itu kita berdoa supaya urusan mangsa – mangsa dipermudahkan dan kita menyumbang apa yang termampu untuk meringankan beban mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas hadir Majlis Khatam Al-Quran di Sekolah Kebangsaan Agama (SKA) Datuk Haji Abdul Kadir Hassan, di sini hari ini.

Tambah Misnu, bagi bantuan tersebut, MIS akan menumpukan kepada kutipan kewangan sahaja walaupun terdapat keperluan untuk sumbangan lain seperti pakaian dan selimut.

Katanya, kutipan dilakukan di 449 masjid dan surau di seluruh Sarawak.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan