Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kebakaran di Taman Lai Pau, Miri menyebabkan seorang wanita warga emas cedera. Foto JBPM Sarawak.

Gagal padamkan kebakaran, wanita warga emas cedera terjun dari tingkat satu

MIRI, 12 Feb: Tindakan nekad seorang wanita warga emas yang cuba memadam kebakaran di rumah sewanya berakhir apabila dia mengalami kecederaan dalam kejadian di Jalan Simpang 2, Taman Lai Pau, dekat sini, pagi tadi.

Difahamkan mangsa yang berusia 60-an itu bersama anak perempuannya menggunakan pili air untuk memadamkan kebakaran di tingkat atas rumah mereka namun tidak berjaya.

Pemangku Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon 6 Miri, Penguasa Kanan Bomba I, Ahmad Nizam Sapaiee berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada pukul 10.41 pagi.

Katanya, berdasarkan maklumat, anak perempuan mangsa yang berusia dalam lingkungan 20-an sempat keluar untuk menyelamatkan diri melalui tangga manakala ibunya terpaksa terjun menerusi pintu bahagian belakang setelah tidak dapat mengawal keadaan.

“Akibat terjun pada ketinggian lebih 12 kaki, wanita itu telah mengalami kecederaan pada bahagian siku dan pinggang,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Terdahulu katanya, pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Miri Sentral tiba di lokasi kejadian kira-kira pukul 10.46 pagi.

“Size-up yang dilakukan mendapati kebakaran berlaku di bahagian tingkat atas rumah yang terbakar 100 peratus,” ujarnya.

Katanya usaha memadam kebakaran turut dibantu BBP Lopeng  dan api berjaya dikawal sepenuhnya pada pukul 10.57 pagi. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan