Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Hujan lebat menyebabkan 15 premis perniagaan dan lima rumah di Bukit Tinggi serta Janda Baik di Bentong dekat sini dilanda fenomena kepala air petang tadi. Foto IPD Bentong.

Bukit Tinggi, Janda Baik dilanda fenomena kepala air

ByBernama

KUANTAN, 12 Feb: Hujan lebat menyebabkan 15 premis perniagaan dan lima rumah di Bukit Tinggi serta Janda Baik di Bentong dekat sini dilanda fenomena kepala air petang tadi.

Pegawai Pertahanan Awam (APM) Daerah Bentong Leftenan (PA) Azizah Husain berkata pihaknya dimaklumkan insiden di Bukit Tinggi berlaku pada kira-kira 6 petang.

“Kejadian berlaku selama hampir sejam dan penduduk mula membersihkan premis perniagaan dan rumah mereka kerana disaluti lumpur yang dibawa kepala air sekitar 7 malam,” katanya ketika dihubungi.

Kerja pembersihan turut dibantu oleh pihak berkuasa termasuk APM, Polis Diraja Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat serta Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Azizah berkata insiden tidak melibatkan mangsa dan tiada pusat pemindahan sementara dibuka.

Sementara itu, Jabatan Kerja Raya Bentong melalui media sosial memaklumkan laluan FT68 di jalan lama Kuala Lumpur-Bentong berhampiran simpang Janda Baik ditutup sementara kepada semua kenderaan kerana berlaku runtuhan sepanjang 100 meter.

Orang ramai boleh menggunakan Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak sebagai laluan alternatif. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan