Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) mengingatkan orang awam yang ingin mengadakan aktiviti riadah di tebing sungai agar sentiasa berwaspada dan peka kepada perubahan air sungai di sepanjang musim Monsun Timur Laut (MTL) ketika ini. Foto fail TVS

Amaran hujan berterusan di Sabah dan Sarawak

ByBernama

KUALA LUMPUR, 12 Feb: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada bagi beberapa kawasan di Sarawak bermula hari ini hingga Rabu (15 Feb).

Berdasarkan notis yang dikeluarkan tengah hari ini, kawasan amaran di negeri itu melibatkan Kapit (Kapit, Bukit Mabong dan Belaga), Bintulu, Miri dan Limbang.

Sementara itu, hujan berterusan tahap waspada turut diramal berlaku di Sabah mulai Rabu (15 Feb) hingga Jumaat (17 Feb) melibatkan kawasan Tawau (Lahad Datu), Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran serta Sandakan) dan Kudat. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan