Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah menyampaikan cenderamata kepada Ketua Kontijen Sarawak. Foto: TVS

Yayasan Sarawak berjasa, lahir banyak golongan profesional

KUCHING, 11 Feb: Yayasan Sarawak telah banyak berjasa dalam melahirkan ramai golongan profesional termasuk ahli politik dari negeri ini, kata Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah.

Menurutnya sejak penubuhan Yayasan Sarawak di bawah Ordinans Yayasan Sarawak sebagai Badan Berkanun Kerajaan Negeri pada 27 Mei 1971, yayasan berkenaan optimis menyediakan penajaan kepada anak Sarawak.

“Ramai anak Sarawak yang dihantar ke Semenanjung Malaysia dan luar negara untuk menimba ilmu sebelum pulang ke negeri ini menabur bakti kepada masyarakat,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Perasmian Pesta Sukan Antara Yayasan Negeri se-Malaysia (PESAYA) kali ke-14 yang berlangsung di Stadium Perpaduan Kuching pada Jumaat.

Antara kejayaan yang dilakar Yayasan Sarawak dalarm melahirkan ahli politik yang berjaya menurut beliau dengan memetik posisi Datuk Seri Fadillah Yusof ketika ini sebagai Timbalan Perdana Menteri.

“Selain Datuk Seri Fadillah, ramai lagi pemimpin kerajaan negeri Sarawak adalah produk Yayasan Sarawak.

“Matlamat Yayasan Sarawak adalah untuk mengeratkan integrasi pelajar Sarawak dan Semenanjung. Pada hari ini hampir semua universiti terutama di Sarawak mempunyai pelajar yang mendapat tajaan Yayasan Sarawak iaitu semua kos pengajian termasuk tiket penerbangan ditaja oleh yayasan,” jelasnya.

Pesta Sukan Antara Yayasan Negeri se-Malaysia (PESAYA) bermula semalam, 10 hingga 19 Februari ini dianjurkan bersempena 60 tahun kemerdekaan Sarawak.

PESAYA kali ini menyaksikan Sarawak menjadi tuan rumah buat kali kedua dengan penyertaan 1,131 orang atlet dan pegawai dari 13 yayasan negeri seluruh negara termasuk Sarawak.

Sebanyak 14 jenis sukan dipertandingkan dalam acara tahun ini antaranya bola sepak, badminton, bola baling, bola jaring dan bola tampar serta mendapat kerjasama 14 persatuan sukan di bawah Perbadanan Sukan Sarawak (SCC).

Hadir sama Timbalan Pengerusi Yayasan Sarawak Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki, Pengarah Yayasan Sarawak Mersal Abang Rosli dan Pengarah Yayasan Sabah Datuk Ghulam Haidar Khan Bahadar.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan