Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berucap ketika di Majlis Makan Makan Tahun Baharu Cina ACCCIS, Kuching. Foto: UKAS

Sarawak akan batalkan cukai SST tayar import – Abang Johari

ByConnie Grace

KUCHING, 11 Feb: Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg mengumumkan Cukai Jualan Negeri (SST) ke atas tayar akan dibatalkan.

Khabar gembira itu dikongsikan beliau pada Majlis Makan Malam Sempena Tahun Baharu Cina anjuran Pergabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Sarawak (ACCCIS) di sini, pada Sabtu.

Menurutnya perkara berkenaan akan dilaksanakan melalui Pengawal Selia Cukai Jualan Negeri serta mendedahkan kerajaan Sarawak juga bakal mencari formula untuk menguruskan tayar terpakai secara mesra alam.

Dalam pada itu, beliau mahu Dewan Perniagaan Cina dan sektor swasta mewujudkan pelaburan teknologi mengitar semula tayar terpakai untuk membuat jalan raya di negeri ini.

“Getah tayar ini akan menjadi palet jika ia pecah dan palet tersebut boleh digunakan untuk membuat jalan raya, kalau boleh cari cara untuk menguruskan tayar terpakai yang mesra alam,” Katanya.

Justeru itu, seiring teknologi terkini seperti Revolusi Perindustrian 4.0, beliau menyarankan agar penggunaan teknologi berperanan dalam pengurusan tayar terpakai bagi mengurangkan kesan pencemaran daripada tayar terpakai.

“Menerusi jurnal yang saya baca, ada dalam kalangan mereka musnahkan tayar terpakai menjadi palet getah dan getah tersebut mereka guna untuk membuat jalan.

“Jadi… apa yang harus anda buat ialah, bina satu kilang bagi mengumpul tayar terpakai ini dan jadikan sebagai palet getah kecil untuk membina jalan, supaya jalan raya kita tidak beralun,” ujarnya.

Tegasnya penghapusan SST antara lain bertujuan untuk ACCCIS melaksanakan inovasi terhadap tayar terpakai sekali gus mengurangkan pencemaran alam

Terdahulu, ACCCIS menerusi satu kunjungan hormat kepada Premier Sarawak telah membincangkan mengenai isu cukai jualan yang dikenakan keatas tayar import yang membebankan penjual tayar di negeri ini.

Hadir sama Turut hadir, Timbalan Premier Sarawak, Dato Sri Dr Sim Kui Hian dan Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak (Operasi) Datu Hii Chang Kee – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan