Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Utiliti dan Telekomunikasi, Datuk Julaihi Narawi mengadakan lawatan kerja ke pencawang Asajaya di sini hari ini. Foto: TVS

Lima kawasan di Kota Samarahan terlibat, penambahbaikan bekalan elektrik

KOTA SAMARAHAN, 11 Feb: Kerja-kerja penambahbaikan bekalan elektrik di sini melibatkan kawasan Asajaya, Kota Samarahan, Sadong Jaya, Sebuyau dan Simunjan sedang giat dijalankan, kata Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Datuk Julaihi Narawi.

Menurutnya, ia antara usaha yang dilakukan oleh kerajaan Sarawak melalui SESCO dan Sarawak Energy Berhad (SEB) untuk membina pencawang baharu di kawasan Asajaya sekali gus menangani masalah gangguan elektrik di lima kawasan terbabit.

Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Datuk Julaihi Narawi dalam lawatan kerja ke Pencawang Asajaya di sini hari ini. Foto: TVS

“Salah satu daripada usahanya ialah membina pencawang baharu di Asajaya yang saya sebutkan tadi telah siap. Seterusnya usaha yang sedang dilakukan untuk menyambungkan kabel bawah tanah menggunakan sistem HDD untuk menyambungkan rangkaian bekalan elektrik daripada pencawang elektrik (substation) di kawasan perindustrian Kota Samarahan.

“Kita berharap kerja-kerja penyambungan melalui HDD ini dapat siap pada bulan Jun nanti dan kita berharap ia akan dapat menstabilkan bekalan elektrik di kawasan ini sebab selalu juga kita menerima aduan tentang gangguan bekalan elektrik dan gangguan ini berpunca daripada keadaan sistem bekalan itu sendiri,” katanya kepada pemberita selepas lawatan kerja ke tapak pencawang Asajaya di sini hari ini.

Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Datuk Julaihi Narawi dalam lawatan kerja ke Pencawang Asajaya di sini hari ini. Foto: TVS

Dalam pada itu Julaihi meminta agar pihak SESCO serta SEB dan Pejabat Residen Daerah bekerjasama dengan Ketua Kaum Masyarakat di kawasan terbabit untuk memantau dan memastikan jika terdapat sebarang isu yang boleh menjejaskan talian elektrik.

“Kita telah menasihati ketua kaum dan ketua masyarakat supaya memaklumkan kepada pemilik tanah supaya jangan mengambil usaha sendiri untuk membersihkan kawasan yang dilalui oleh talian elektrik sebaliknya maklumkan kepada SESCO, Sarawak Energy Berhad untuk tindakan diambil”.

“Ini kerana talian elektrik di atas adalah talian yang langsung dan boleh membahayakan mana-mana pihak jika menyentuh pokok yang mungkin bersentuhan dengan talian elektrik,” jelasnya.

Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Datuk Julaihi Narawi dalam lawatan kerja ke Pencawang Asajaya di sini hari ini. Foto: TVS

Pada masa yang sama katanya, program penyambungan bekalan elektrik di bawah dana Permohonan Lewat dan Tambahan (ALAF) masih lagi diteruskan.

Jelas beliau, bekalan elektrik masih lagi mencukupi untuk melaksanakan program ALAF dan ia memerlukan masa untuk dilaksanakan.

Tambah Julaihi, program tersebut bukan sahaja dilaksanakan di kawasan kampung, malah juga dilaksanan di seluruh Sarawak.- TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan