Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seramai 14 pakar perubatan pelbagai bidang, 12 pegawai perubatan dan 80 pembantu perubatan dan teknikal termasuk pembantu dewan bedah dan jururawat Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menyertai misi bantuan kemanusiaan mangsa gempa bumi di Turkiye. Foto: Bernama

Gempa Bumi Turkiye: ATM hantar 106 anggota perubatan sertai misi kemanusiaan

ByBernama

SEPANG, 11 Feb: Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menghantar 106 anggota perubatan termasuk 14 pakar pelbagai bidang dan 12 doktor untuk menyertai misi bantuan kemanusiaan mangsa gempa bumi di Turkiye.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Kesihatan ATM, Lt Jen Datuk Dr Zulkeffeli Mat Jusoh, berkata pasukan perubatan berkenaan akan bertolak ke Turkiye secara berperingkat dengan pagi tadi seramai 36 orang, malam ini 34 orang selebihnya dijangka esok.

“Antaranya pakar pembedahan am, pakar orthopedik selain mengambil kira kemudahan pakar perbidanan dan sakit puan serta kanak-kanak yang amat diperlukan di kawasan kejadian saat ini,” katanya kepada pemberita di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)  sebelum berangkat ke Turkiye, malam ini.

Katanya, anggota perubatan yang dihantar itu adalah berdasarkan kepada kebarangkalian kecederaan yang dialami oleh mangsa-mangsa gempa bumi di negara berkenaan.

Sementara itu, Dr Zulkeffeli berkata ATM akan membina sebuah Hospital Medan Malaysia (HMM) Tahap Tiga di Turkiye untuk tempoh enam minggu bagi memberi bantuan rawatan perubatan kepada mangsa gempa bumi di negara itu.

Menurutnya, HMM amat diperlukan memandangkan fasiliti kesihatan di kawasan bencana kebanyakkannya hampir musnah sehingga membataskan kemampuan fasiliti kesihatan di sana memberi perawatan secara berkesan.

“Dengan adanya HMM di kawasan kejadian, ia diharapkan dapat membantu meringankan beban terutamanya dari segi keperluan kesihatan di kawasan yang terlibat,” katanya.

Gempa bumi besar berukuran 7.8 pada skala Richter yang melanda pada Isnin lepas telah meragut ribuan nyawa.

Turkiye pada Selasa mengisytiharkan darurat selama tiga bulan di 10 wilayah iaitu Adana, Adıyaman, Diyarbakir, Gaziantep, Hatay, Kahramanmaras, Kilis, Malatya, Osmaniye dan Sanliurfa bagi memastikan misi SAR berjalan lancar. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan