Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Dr Abdul Rahman Ismail menerima cenderamata pada Majlis Rumah Terbuka Sempena Tahun Baru Cina 2023 Anjuran Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) Cawangan Limbang di Dewan Kampung Bunga Raya hari ini. Foto TVS.

Projek rakyat tertangguh di Limbang, Premier Sarawak lawat hujung Feb ini

LIMBANG, 10 Feb: Daerah ini turut berdepan dengan masalah projek tertangguh dan terbengkalai dalam tempoh yang lama, kata Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi Dan Pembangunan Wilayah Sarawak (M-FICORD), Datuk Dr Abdul Rahman Ismail.

Prihatin terhadap situasi di sini, katanya Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dijangka menghadiri mesyuarat pemantauan projek bersama agensi-agensi terlibat pada hujung Februari ini.

Oleh itu, beliau amat berharap kunjungan Abang johari nanti akan memberi kesedaran kepada pihak kontraktor agar lebih bertanggungjawab melaksanakan projek yang diamanahkan mengikut spesifikasi yang ditetapkan.

“Kita berharap supaya dengan kehadiran Premier Sarawak nanti akan memberi kesedaran kepada kontraktor supaya lebih bertanggungjawab dan dapat menyiapkan projek-projek itu mengikut spesifikasi dan juga masa yang ditetapkan”.

“Ini sangat penting kerana rakyat memerlukan pembangunan ini untuk mereka nikmati bersama,” tegasnya ketika ditemui TVS selepas Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina 2023 Anjuran Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) Cawangan Limbang di Dewan Kampung Bunga Raya hari ini.

 

Datuk Dr Abdul Rahman Ismail bersama tetamu dan penerima Agihan Sampul Angpow Sempena Tahun Baru Cina 2023 Anjuran Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) Cawangan Limbang. Foto TVS.

Dr Abdul Rahman mengingatkan pihak kontrakor harus lebih cakna dengan keperluan rakyat serta perlu lebih komited melaksanakan projek pembangunan negeri seperti yang diamanahkan.

“Projek-projek rakyat itu ada yang terbengkalai, ada yang sakit dan ada yang tenat. Jadi, saya berasa dukacita dengan keadaan seumpama ini. Kita berharap supaya projek ini dapat disiapkan secepat mungkin,” ujarnya.

Perkara itu didedahkan beliau sambil menzahirkan rasa dukacitanya dengan pengumuman Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg baru-baru ini berhubung sebayak 34 daripada 212 projek tertangguh berstatus kritikal di negeri ini.

Hadir sama Pengerusi PBSM Limbang, Chew Sing Liang dan timbalannya, Wong Ku Hai dan jawatankuasa tertinggi lain.–TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan