Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Dr Jerip Susil merakam kenangan bersama Ahli Jawatankuasa Kelab Rotary Kuching pada program amal yang dianjurkan pertubuhan berkenaan di Sekolah Kebangsaan Saint Bernard Sadir, di Padawan, hari ini. Foto: Hafeezzur Muzamir (TVS).

Penerbangan AirAsia Pulau Pinang-Kuching digantung, beri impak kedatangan pelawat

ByHafeezzur Muzamir

KUCHING, 10 Feb: Pengantungan penerbangan AirAsia terus dari Pulau Pinang ke Kuching mulai 1 Mac ini akan memberi impak kepada kedatangan pelawat ke negeri ini, kata Timbalan Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Dr Jerip Susil.

Kementerian Pengangkutan Sarawak (MOTS) menurut beliau berharap syarikat penerbangan AirAsia Berhad akan menyambung semula penerbangan terus berkenaan dengan kadar segera.

“Ia memberikan kesan negatif kepada kita kerana seperti mana yang kita ketahui begitu ramai pelancong dari Pulau Pinang datang ke Kuching”.

“Penamatan penerbangan itu secara tidak langsung akan memberi impak kepada bilangan pelawat ke sini,” katanya ketika ditemui TVS pada Program Amal anjuran Kelab Rotary Kuching di Sekolah Kebangsaan Saint Bernard Sadir, Padawan, hari ini.

Sementara itu, Jerip memberitahu kementeriannya mengalu-alukan kehadiran syarikat penerbangan lain untuk memperkenalkan laluan Pulau Pinang-Kuching dan Kuching-Pulau Pinang susulan setakat ini hanya syarikat Firefly Sdn Bhd sahaja yang menawarkan laluan berkenaan dengan kekerapan penerbangan dua kali sehari.

“Sekarang ada banyak syarikat penerbangan tambang murah, oleh itu saya berharap mereka akan memperkenalkan laluan itu kerana pemintaannya ada”.

“Pada Mac ini, Myairline akan lancarkan laluan baharu antara Kuching dan Miri yang mana saya berharap syarikat itu juga akan memperkenalkan laluan Pulau Pinang ke Kuching,” ujarnya.

Sebelum ini, pada Selasa lalu, Pegawai Perhubungan Kerajaan Airasia Berhad yang berpangkalan di Sarawak, Hamdan Mohamad memaklumkan penggantungan penerbangan terus bagi laluan Pulau Pinang-Kuching setelah mengambil kira faktor separuh daripada pesawat tambang murah itu yang dijadualkan untuk penyelenggaraan.

Terdahulu, Jerip menyempurnakan program amal sehari itu yang bertujuan untuk membantu pelajar di kawasan pedalaman dalam aspek kesihatan dan pendidikan.

Pada program itu, Kelab Rotary Kuching telah menganjurkan pemeriksaaan kesihatan yang turut melibatkan pemeriksaan mata dan telinga kepada semua pelajar di sekolah itu serta menyampaikan sumbangan berbentuk barangan keperluan sekolah.

Turut hadir Presiden Kelab Rotary Kuching, Mok Yong Yaw dan Ketua Projek Program Amal Kelab Rotary Kuching, Dato Dominic Su.- TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan