Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kemalangan membabitkan sebuah kereta terlanggar pokok dan terbalik di Bulatan Hui Sing Garden, Kuching, hari ini. Foto: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.

Pemandu maut, kereta langgar pokok dan terbalik

KUCHING, 10 Feb: Seorang lelaki terkorban dalam kemalangan jalan raya di Bulatan Hui Sing Garden di sini, pagi hari ini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata mangsa dikenali sebagai Ho Ching Siong, 36 tahun.


Anggota bomba mengupil pintu kereta bagi mengeluarkan mangsa yang tersepit. Foto: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.

JBPM menerima panggilan mengenai kejadian pada 4:49 pagi.

Pasukan bomba dan penyelamat yang digegaskan ke lokasi, melaporkan kemalangan kendiri melibatkan sebuah kereta melanggar sebatang pokok dan terbalik.

“Terdapat seorang mangsa tersepit di bahagian tempat duduk pemandu,” katanya.

Setelah berjaya dikeluarkan, mangsa disahkan meninggal dunia oleh kakitangan perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia. 

Mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan