Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Muhyiddin nafi dakwaan terlibat dalam pemberian kontrak kepada syarikat menantu

ByBernama

KUALA LUMPUR, 10 Feb: Pengerusi Perikatan Nasional Tan Sri Muhyiddin Yassin menafikan dakwaan yang beliau terlibat dalam pemberian kontrak Sistem Imigresen Bersepadu Nasional (NIISe) kepada syarikat IRIS Corporation Berhad yang dikaitkan dengan menantunya.

Presiden Bersatu itu menyifatkan laporan disiarkan dalam sebuah portal pada Khamis berhubung perkara tersebut adalah fitnah jahat yang sengaja direka untuk mencalarkan maruah beliau dan keluarganya.

“Saya sebagai Perdana Menteri pada masa itu sama sekali tidak terlibat dalam proses penganugerahan kontrak NIISe kepada IRIS Corporation Berhad yang dijalankan secara tender terbuka,” menurutnya dalam hantaran di laman Facebook.

Ahli Parlimen Pagoh itu juga berkata proses perolehan kontrak tersebut dibuat mengikut tatacara perolehan biasa di bawah seliaan Kementerian Kewangan dan kementerian berkaitan serta bukan berada di bawah bidang kuasa beliau sebagai Perdana Menteri ketika itu.

“Selain itu, tiada mana-mana ahli keluarga saya mempunyai kepentingan dalam IRIS Corporation Berhad sama ada sebagai pengarah syarikat atau pemegang saham,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan