Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Mayat Robin Sempurai ditemukan terapung 15 meter dari lokasi mangsa dipercayai tenggelam. Foto: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Sarawak.

Mayat mangsa lemas ketika menyelam pukat dijumpai 

ByElani Rosllan

MIRI, 10 Feb: Mayat seorang lelaki yang lemas ketika menyelam pukat yang tersangkut pada pembentung parit di sebuah ladang kelapa sawit di Suai, dekat sini, ditemukan hari ini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Sarawak berkata mayat Robin Sempurai, 33, ditemukan terapung 15 meter dari lokasi mangsa dipercayai tenggelam.

Pada Khamis, mangsa bersama seorang rakannya memeriksa pukat yang dipasang dalam parit namun mangsa bertindak menyelam dan tidak timbul semula.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Batu Niah, Pegawai Bomba Tinggi II, Rary Binjie berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 12.02 tengah hari, Khamis.

Operasi mencari dan menyelamat digerakkan oleh anggota bomba bermula semalam, bagaimanapun gagal menemui mangsa. 

SAR diteruskan pada hari ini dan ditamatkan 12 tengah hari setelah mayat mangsa dijumpai. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan