Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Capital A Bhd, iaitu syarikat induk bagi syarikat penerbangan tambang rendah AirAsia, melahirkan keyakinan bahawa caj cukai lapangan terbang tempatan yang dikenakan oleh kerajaan akan kekal munasabah sebagai sebahagian daripada usaha meningkatkan pelancongan di negara ini.

Capital A yakin cukai lapangan terbang Malaysia kekal munasabah memandangkan kerajaan sasar tingkatkan pelancongan

ByBernama

KUALA LUMPUR, 10 Feb: Capital A Bhd, iaitu syarikat induk bagi syarikat penerbangan tambang rendah AirAsia, melahirkan keyakinan bahawa caj cukai lapangan terbang tempatan yang dikenakan oleh kerajaan akan kekal munasabah sebagai sebahagian daripada usaha meningkatkan pelancongan di negara ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Tan Sri Tony Fernandes berkata, kerajaan sentiasa menyokong pengguna, terutamanya dalam usaha mempromosikan persekitaran kos rendah untuk pelancong pada era pasca Covid.

“Apa yang penting ialah untuk memacu pelancong ke sini dan kos membuatkan ia berbeza,” katanya pada sidang media selepas melancarkan kempen lima juta tempat duduk percuma AirAsia di sini hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan mengenai cadangan perjanjian operasi Kementerian Pengangkutan 2023 dengan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB), yang mungkin menyaksikan tarif aeronautik lebih tinggi yang kemudiannya boleh disalurkan kembali kepada penumpang.

Kerajaan pada Ogos 2019 mengumumkan kadar caj perkhidmatan penumpang (PSC) untuk penumpang yang melakukan perjalanan di luar Asean dari semua lapangan terbang di Malaysia, kecuali Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) telah diturunkan daripada RM73 kepada RM50 berkuat kuasa 1 Okt, 2019.

Kadar PSC untuk penerbangan domestik dan Asean di semua lapangan terbang masing-masing kekal pada RM11 dan RM35.

Fernandes berkata Loke, yang memegang semula jawatannya sebagai menteri pengangkutan selepas Pilihan Raya Umum ke-15, sentiasa tegas dalam memastikan industri penerbangan mempromosikan tambang rendah.

Beliau juga menyatakan bahawa sektor pelancongan memberi sumbangan yang besar kepada ekonomi Malaysia tahun lepas, meningkat sebanyak 8.7 peratus – yang tertinggi dalam tempoh lebih dua dekad.

“(Kita perlu tanya) apa yang kita mahu. Adakah kita mahu lebih ramai atau mahu sedikit pelancong dengan mengenakan caj yang tinggi?

“Malaysia sangat berpatutan. Jika anda berfikir tentang bilik hotel dan penerbangan, kita adalah negara yang hebat untuk dikunjungi. Jadi kita harus memberi tumpuan untuk menjadikan ini destinasi yang dipacu nilai,” katanya.

Terdahulu, AirAsia mengumumkan kempen lima juta tempat duduk percuma ke destinasi domestik dan antarabangsa sebagai sebahagian daripada komitmennya untuk meningkatkan industri pelancongan di seluruh Asean.

Tetamu boleh terbang ke Pulau Pinang, Langkawi, Kuching, Sibu, Kota Kinabalu dan banyak lagi daripada tambang RM23 dan ke destinasi antarabangsa termasuk Bali, Krabi, Jakarta, Macao, Shenzhen, Guangzhou, Phu Quoc, Ho Chi Minh City, Singapura dan banyak lagi dengan tambang yang berharga daripada RM60.

Bagi destinasi jarak jauh, AirAsia X menawarkan penerbangan ke Gold Coast, Busan, Taipei, Tokyo dan banyak lagi dengan tambang serendah daripada RM329 sehala di tempat duduk ekonomi.

Penerbangan tersedia untuk tempahan bermula hari ini hingga 19 Feb dengan tempoh perjalanan di antara 1 Mac dan 10 Dis, 2023. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan