Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berucap pada majlis makan malam bersama diaspora Malaysia di Jakarta pada Rabu. Foto: TVS

Tenaga pakar di luar negara, sumbang kepakaran Malaysia – Fadillah

JAKARTA, 9 Feb: Tenaga pakar Malaysia yang berhijrah dan bekerja di luar negara dapat menyumbang kepakaran dan ilmu mereka kepada negara, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.

Beliau mengakui secara peribadi melihat penghijrahan pakar sesuatu bidang ke luar negara dari sudut yang positif.

“Kita boleh meminta mereka untuk membuat penyelidikan yang akan member manfaat kepada Malaysia. Tidak semestinya ‘brain drain’ (penghijrahan pakar) tetapi kita lihat dari sudut lain.

“Bagaimana kita hendak memanfaatkan rakyat Malaysia yang bekerja di luar negara supaya dia boleh memberi manfaat dan boleh menyumbang balik kepada negara kita melalui pengalaman dan kepakaran mereka,” katanya ketika ditemui pada majlis makan malam bersama diaspora Malaysia di sini pada Rabu.

Menurutnya, mereka yang berhijrah ke luar negara kerana mahu mencari pekerjaan dan persekitaran lebih sesuai dengan kepakaran juga boleh jadi penghubung untuk Malaysia berhubung dengan rakyat di luar sama ada dalam bidang penyelidikan dan sebagainya.

Terdahulu, Fadillah yang juga Menteri Perladangan dan Komoditi tiba di sini bagi mengadakan lawatan kerja rasmi selama tiga hari ke Indonesia bermula Rabu.

Beliau tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta dengan pesawat khas pada 6.40 waktu tempatan. 

Lawatan kali ini adalah untuk memperkukuhkan lagi kerjasama serantau dalam sektor agrikomoditi. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan