Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Utiliti dan Telekomunikasi, Datuk Julaihi Narawi bersedia menurunkan tandatangan sebagai simbolik perasmian dan penyerahan Pelan Pembangunan Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak 2023 disaksikan oleh Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi (kiri) dan Datuk Liwan Lagang (kanan). Foto TVS.

Syarikat kosensi hutan enggan bekerjasama, cabaran Kementerian – Julaihi

KUCHING, 9 Feb: Keengganan pemilik tanah atau syarikat konsesi hutan bekerjasama memberi izin lalu tapak antara cabaran yang dihadapi Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak menyediakan infrastruktur di seluruh negeri.

Menterinya, Datuk Julaihi Narawi berkata pelbagai cabaran didepani pihaknya yang giat berusaha mencapai liputan penuh bekalan air, elektrik dan telekomunikasi bagi merelisasikan perancangan Strategi Pembangunan Pasca Covid (PCDS 2030).

“Antara cabaran terbesar kementerian adalah isu izin lalu tapak bersama pemilik tapak persendirian, syarikat perladangan, syarikat konsesi hutan dan agensi lain berkaitan bagi pembangunan infrastruktur bekalan air, elektrik dan telekomunikasi”.

“Ini kerana ada dalam kalangan mereka yang enggan memberikan kerjasama dengan kementerian itu sekali gus melambatkan proses pembinaan infrastruktur dan utiliti bagi tiga bekalan di bawah kementerian,” katanya.

Julaihi berkata demikian ketika berucap di Majlis Perhimpunan Warga Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak yang berlangsung di Auditorium Lembaga Pembangunan dan Lindungan Tanah (LCDA) di Menara LCDA di sini, hari ini.

Justeru itu, beliau menyeru semua pihak berkepentingan untuk bekerjasama menangani isu terbabit dalam memastikan keberkesanan pelaksanaan projek pembangunan utiliti di Sarawak dapat berjalan dengan lancar.

Dalam pada itu, Julaihi mengakui masalah vandalisme yang berlaku terhadap infrastruktur dan utiliti di lapangan telah melibatkan kerugian besar kepada kerajaan.

“Saya mahu pengukuhan penguatkuasaan dan pendakwaan dilakukan kepada mereka yang terbabit dalam merosakkan aset kerajaan termasuk golongan yang ‘mencuri’ bekalan elektrik,” tegasnya.

Beliau turut meminta agensi pelaksana di bawah kementeriannya melakukan pemantauan terhadap projek pembangunan yang sedang berlangsung dan tindakan dikenakan ke atas kontraktor yang lewat menyiapkan projek.

“Saya menganggarkan tempoh dua bulan mencukupi untuk semua agensi membuat persediaan dan laporan serta bertukar pandangan.”

“Selain itu, setiap agensi perlu mengambil tindakan segera isu-isu yang dikemukakan oleh pihak audit. Selain daripada unit audit, kita juga bekerjasama dengan unit Integriti dan Ombudsman Sarawak,” ujarnya.

Kolaboratif berkenaan kata Julaihi untuk memastikan setiap projek yang dirancang berjalan mengikut garis masa yang telah ditetapkan dan sebarang masalah yang melibatkan kelewatan projek perlu diambil tindakan segera mengikut syarat dan terma yang tertakluk dalam kontrak.

Hadir sama Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak (Utiliti) Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi, Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak (Komunikasi) Datuk Liwan Lagang, Setiausaha Tetap Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak Jafri Lias dan Ketua Pegawai Eksekutif Sarawak Energy Berhad Datu Sharbini Suhaili

Terdahulu, majlis menyaksikan Julaihi menyerahkan Pelan Tahunan Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak 2023 kepada wakil agensi kementerian. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan