Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dr Zaidi Razak menyampaikan cenderahati kepada Datu Dr Sabariah Putit ketika kunjungan hormat rombongan SPANS di pejabat SMA di Kuching, hari ini. Foto: Lembaga Multimedia Sarawak. Foto: Lembaga Multimedia Sarawak

SMA bangunkan 154 inisiatif dalam memperkasa pendigitalan di Sarawak

ByHafeezzur Muzamir

KUCHING, 9 Feb: Sebanyak 154 inisiatif dibangunkan oleh Lembaga Multimedia Sarawak (SMA) ke arah merealisasikan transformasi digital Sarawak.

Pengurus Besar SMA, Dr Zaidi Razak berkata daripada jumlah berkenaan, 64 inisiatif dibangunkan sepenuhnya oleh SMA, manakala yang lain hasil kerjasama dengan pelbagai agensi kerajaan dan swasta.

“Kita amat berbangga apabila menerima Anugerah Reka Cipta London di London tahun lalu menerusi pembangunan aplikasi iSarawakCare yang menyatukan pelbagai permohonan melalui pendigitalan.

“Secara prinsipnya, kita berjaya mengubah cara kerja sesebuah kementerian kepada platform digital apabila pemohon dapat mengakses permohonan mereka daripada peringkat awal hingga akhir, “ katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis kunjungan hormat daripada rombongan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak (SPANS) yang diketuai pengerusinya, Datu Dr Sabariah Putit di pejabat SMA di sini, hari ini.

Sementara itu, beliau berkata terdapat beberapa inisiatif lain yang turut dibangunkan SMA, antaranya aplikasi Sarawak ID yang kini mempunyai 881,538 pengguna berdaftar.

“Banyak perkhidmatan yang ditawarkan oleh kerajaan Sarawak melalui Sarawak ID apabila turut menyatukan perkhidmatan sektor kerajaan dan swasta.

“Malah, negeri-negeri lain di Malaysia ingin membangunkan Sarawak ID sama seperti kita tetapi masih belum berjaya sehingga kini kerana aplikasi berkenaan memerlukan daftar masuk tunggal (single sign on),” jelasnya.

Dalam pada itu, mengulas mengenai pembangunan infrastruktur lain yang dibangunkan oleh SMA, beliau memaklumkan, sebuah lagi Hab Inovasi Digital telah ditubuhkan dan beroperasi di Kapit.

Menerusi insiatif yang dirancang pihaknya, beliau berharap golongan belia mengambil peluang dengan melibatkan diri dengan perkhidmatan digital yang disediakan oleh SMA.- TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan