Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick bercakap kepada pemberita hari ini. Foto: Luqman Muhammad (TVS)

Sarawak tubuh koperasi industri kreatif

ByLuqman Muhammad

KUCHING, 9 Feb: Sarawak bakal menubuhkan koperasi baharu khusus untuk membangunkan pendapatan industri kreatif di negeri ini.

Menteri Pembangunan Usahawan Koperasi Datuk Ewon Benedick berkata perkara berkenaan telah diusulkan kepada Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg hari ini.

“Salah satu koperasi yang telah berhubung dengan kementerian saya adalah koperasi industri kreatif.

“Ia merupakan satu koperasi baharu yang dibangunkan Sarawak dalam mengangkat kebudayaan Sarawak dalam bidang perfileman.

“Sesuatu yang baharu dan perkara ini juga menjadi perbincangan bersama Premier Sarawak pada sesi kunjungan hormat sebentar tadi,” katanya.

Ewon berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas mengadakan kunjungan hormat kepada Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg di Wisma Bapa Malaysia, hari ini.

Dalam pada itu, Ewon berkata kementeriannya juga menyediakan Tabung Modal Pinjaman kepada koperasi-koperasi yang ingin membina semula perniagaan koperasi masing-masing selepas pandemik COVID-19.

“Kita mengalu-alukan pihak koperasi untuk berhubung dengan kementerian kami dan khususnya kepada Suruhanjaya Koperasi Malaysia untuk melihat jenis bantuan yang diperlukan oleh koperasi-koperasi yang ada di Sarawak,” ujarnya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan