Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Mayat warganegara Myanmar, Kyaw Khaint, yang lemas selepas terjatuh dari kapal dijumpai hari ini. Foto: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.

Mayat warga Myanmar jatuh kapal ditemukan berhampiran tebing sungai

KUCHING, 9 Feb: Mayat seorang lelaki warganegara Myanmar yang jatuh dari kapal ditemukan pasukan mencari dan menyelamat (SAR) berhampiran tebing sungai hari ini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, mayat Kyaw Khaint, 28, ditemukan di lokasi kira-kira 1.8 kilometer dari pusat kawalan bomba pada 11.45 pagi.

“Mangsa telah disahkan meninggal dunia oleh pihak KKM dan mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” kata jurucakap JBPM Sarawak menerusi kenyataan.

Kyaw bersama dua lagi rakan sekerja, lelaki warga tempatan – Salalo Jambai, 37, dan Albert Ramba, 35, terjatuh dari kapal di jeti Hock Seng Lee Wah, Pending di sini pada Rabu. Dua rakannya cedera dalam insiden berkenaan.

Pengurus syarikat (kapal) tersebut menerima panggilan daripada pekerja kapal memaklumkan ada kemalangan di atas kapal melibatkan tiga orang pekerja yang sedang mengikat tali tongkang.

“Tiba-tiba tali tersebut melibas ketiga-tiga mangsa,” katanya jurucakap JBPM Sarawak.

Bomba yang menerima panggilan pada 9.10 pagi, memulakan SAR membabitkan anggota dari Balai Bomba Padungan, Batu Lintang dan Tabuan Jaya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan