Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dari politik ke konti radio, KJ sahut tawaran sebagai penyampai Hot FM. Foto: TVS

KJ, dari politik ke konti radio

ByYazid Ibrahim

KUCHING, 9 Feb: Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin hari ini mengesahkan bahawa beliau akan bertugas sebagai penyampai radio (DJ) Hot FM mulai Rabu depan.

Khairy atau mesra dipanggil KJ berkongsi poster di Instagramnya bertajuk ‘KJ Jadi DJ’.

Beliau akan bergandingan dengan Johan, Fara Fauzana dan AG menerusi segmen ‘bekpes hot’ yang ke udara setiap Isnin hingga Jumaat mulai 6 pagi hingga 10 pagi.

Foto: Instagram Khairy Jamaluddin

Sementara itu, Berita Harian Online melaporkan, Ketua Pegawai Eksekutif Media Prime Audio (MPA), Nazri Noran berkata, peluang menawarkan KJ sebagai penyampai radio, diambil Hot FM bagi memastikan pengisian dan kandungan segmen ‘bekpes hot’ lebih segar dan relevan kepada pendengar.

“Khairy atau KJ  bukan sahaja ahli politik dan pemimpin yang hebat, tetapi juga beliau pempengaruh yang mempunyai impak besar buat rakyat Malaysia,” katanya.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan