Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Dato Sri Fatimah Abdullah. Foto TVS.

Kes remaja hamil di Sarawak rekod trend penurunan ketara

KUCHING, 9 Feb: Kes kehamilan dalam kalangan remaja di Sarawak menunjukkan penurunan ketara sebanyak 38.09 peratus sejak enam tahun lalu, kata Dato Sri Fatimah Abdullah.

Beliau yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti negeri berkata, berdasarkan statistik oleh Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Sarawak, pada 2016 jumlah kes yang direkodkan ialah sebanyak 2,481 kes berbanding 1,536 pada tahun lalu.

Katanya, ini menunjukkan pengurangan sebanyak 945 kes.

“Bagi tempoh sama, peratusan remaja hamil daripada jumlah kes baharu antenatal juga menunjukkan trend penurunan sebanyak enam peratus,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menghadiri Mesyuarat One Stop Teenage Pregnancy Committee (OSTPC) di sini hari ini.

Sementara itu, Fatimah memberitahu, sebanyak 7.2 peratus atau 111 kes remaja dilaporkan hamil pada tahun lalu melibatkan mereka yang berumur di bawah 16 tahun.

“Sebanyak 92.8 peratus atau 1,426 kes pula melibatkan remaja berumur 16 tahun dan ke atas,” katanya.

Ujar beliau, rekod juga menunjukkan daripada keseluruhan kes yang dilaporkan, sebanyak 55.1 peratus hamil di luar ikatan perkahwinan dengan 96.1 peratus merupakan mereka sudah tidak bersekolah.

Mengikut pentadbiran bahagian pula katanya, Kapit mencatatkan peratusan remaja hamil yang tertinggi, dikuti Sri Aman Betong, Sarikei dan Sibu.

Menurut Fatimah, sebanyak 320 kes remaja hamil yang menghadapi pelbagai isu telah dirujuk ke OSTPC Bahagian masing-masing untuk ditangani secara bersepadu mengikut Panduan Pengurusan Remaja Hamil di Sarawak.

Daripada jumlah kes tersebut katanya, sebanyak 49.06 peratus atau 157 kes telah diselesaikan sepenuhnya manakala 23.75 atau 76 kes tidak dapat diselesaikan.

“Sebanyak 87 kes masih dalam proses penyelesaian,” katanya.

Sementara itu, Fatimah memaklumkan, kementerianya merancang sebanyak 49 siri program dan intervensi sosial bagi menangani isu kehamilan dalam kalangan remaja di Sarawak.

“Sejak 2016, kementerian telah menjalankan 64 program signature OSTPC iaitu Kesedaran dan Advokasi Pendidikan Seksual (KAPS).

“Sejak itu, terdapat penurunan ketara bilangan kes remaja hamil yang bersekolah daripada 160 kes pada 2015 kepada 60 kes pada 2022,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan