Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak, Datuk patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menyempurnakan simbolik perasmian 'Seminar on the New Initiatives to Enhance Sarawak's Construction Industry' di Pusat Konvensyen Borneo Kuching, hari ini. Foto: UKAS

Tujuh inisiatif baharu perkasa industri pembinaan Sarawak – Abang Johari

ByNur Suhaida Muliyono

KUCHING, 8 Feb: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg hari ini mengumumkan tujuh inisiatif baharu untuk membantu industri pembinaan tempatan di negeri ini.

Menurut beliau industri pembinaan Sarawak sebelum ini didapati telah mengalami beberapa kesukaran akibat pandemik COVID-19.

Justeru itu, kata beliau industri terbabit akan diperkasakan dengan bantuan kerajaan negeri menerusi inisiatif yang diperkenalkan.

“Antaranya, bayaran pendahuluan untuk kontrak kerja, bayaran interim minimum untuk kontrak kerja, kepelbagaian harga (Variations of Price) dan ada lagi beberapa inisiatif lain”.

“Inisiatif-inisiatif ini akan meringankan beban kewangan kontraktor tempatan sekali gus meminimumkan jumlah projek tertangguh di bawah bidang kuasa kerajaan negeri,” jelasnya.

Beliau berkata demikian pada majlis pelancaran ‘Seminar on the New Initiatives to Enhance Sarawak’s Construction Industry’ di Pusat Konvensyen Borneo Kuching, hari ini.

Laporan lanjut menyusul. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan